BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

TENTANG KAMI

Pada mulanya saya hanya menjual biskut raya ini secara kecil-kecilan. Jualan dari mulut ke mulut dan seterusnya dari saudara, sahabat dan kenalan. Apabila biskut raya saya sedikit demi sedikit alhamdulillah mendapat sambutan, akhirnya saya dicadangkan oleh keluarga agar melebarkan sayap perniagaan dengan menjual secara online.


Walaupun baru mencuba memasarkan biskut kami, sambutan amat menggalakkan. Dengan  tidak sampai 1 bulan (awal Jun 2010) tempahan sebanyak 300 telah dibuat. Bukan sahaja di Malaysia malah di Singapura.

Biskut raya ini diperbuat oleh orang-orang kampung dengan dibantu oleh mesin pembakar yang moden. Boleh menerima 1000 hingga ke 10000 tempahan dengan tidak ada had. Pembuatannya pantas dan bersih. Diadun dengan bahan2 yang berkualiti tinggi seperti telur gred AA, 100% butter dan bahan campuran yang terpilih. Pembuatannya halal dan boleh dimakan tanpa was-was.

Terdapat 68 jenis biskut raya kami dan kesemuanya sedia untuk menerima tempahan. Tanpa perlu menunggu hari raya, order boleh dibuat sekarang dengan minimum 5 telap.
Sila lihat katalog biskut raya kami untuk no kod dan nama biskut.

Kami mengucapkan terima kasih kepada anda yang sudi membeli dan memasarkan biskut raya kami. Citarasa anda penting untuk kami.


Ikhlas dari saya....